Alhamdulillah.
Dengan izin Allah,saya dapat nikmat melihat lagi. Sebelum ni rabun je kalau tengok sekeliling. Hehe Yelah power pon 475. Nak tengok muka suami sendiri pon tak nampak.
Alhamdulillah,Allah bagi rezeki utk saya buat Lasik. Seperti mana yg korang tahu, nak buat LASIK di Malaysia amat lah mahal kan. Sampai rm6-8k. Tp yang murah pun ada jugak.Tambah pulak,LASIK di malaysia belum didedahkan sepenuhnya. Bahkan seorang profesor yang saya kenal, berkata optometrist di malaysia pun tak berani nak buat LASIK.
Alhamdulillah LASIK di Mesir memang famous sangat. Orang arab kampung pon buat LASIK jugak.
Selepas saya tahu ramai senior yang dah berjaya buat LASIK termasuklah papa Fateh sendiri, perasaan nak buat LASIK tu semakin tinggi,semakin bersemangat walaupun takut sangat sebab tahu macam mana pembedahan itu dilakukan. Organ mata kot! Lagi-lagi siapa yang tengok Final Destinations 5, lagi menakutkan! Haha
Tambah pulak, kos nak buat LASIK kat mesir murah sangat. Di Cairo,sekitar LE5000, atau pun RM 2500. Tapi di Mansurah,tempat saya belajar, kos LASIK hanya LE2600 termasuk investigations dan kos ubat iaitu sekitar RM 1500 sahaja. Berbanding di Malaysia,yang hampir mencecah RM8000!
Yang saya tahu, ada lagi satu tempat klinik mata , atas kedai Chick Fried Chicken. Nama dia : Al Mostaqbal Eye Center.Tapi kat situ mahal lah sikit. Walaupun mahal, tapi kedai baru bukak, so peralatan semua baru lagi.
4 April 2013
Selepas pendaftaran dan selesaikan bayaran sebanyak LE 200. Assistants akan check-up mata utk tengok mata sesuai ke tak nak buat pembedahan.
|
Ini hasil selepas investigations are done. |
Then, diberi prescriptions untuk beli eye-drop, digunakan sehari sebelum masuk pembedahan. More to antibiotic lah. Titik lah setiap jam kat mata tu.
Kemudian, baru lah doktor akan bagi tarikh untuk buat pembedahan. Lucky for me, saya pergi pada hari Khamis, which is Jumaat tutup la kan. So pembedahan is set for hari Sabtu. Berdebor aje. Suami tak habis-habis mengusik. Sebab saya dah lama nak buat LASIK ni...hehe. Dah takde mata empat.
6 April 2013
Selepas solat Zohor , saya dan suami pergi ke klinik. Ramai jugak yang tengah menunggu tapi bukan pesakit, ahli keluarga yang ramai. Selepas siap daftar, mata saya check sekali lagi, kot2 ada masalah. Alhamdulillah buleh proceed.
Tunggu hampir 15 minit, saya dipanggil masuk untuk pre-operative management. Dalam bilik menunggu, ada 8 orang pesakit termasuk saya yang sedang menunggu giliran. Ya ALLAH, doktor buat kejapppp sangat. Dalam masa sejam lebih saya menunggu, 8 orang tu dah nak siap. Nasib baik suami boleh teman saya menunggu.
|
1. Ketika pembedahan . 2.Masa menunggu giliran 3 & 4. pembedahan on di screen untuk suami tengok. |
|
eye-drops
|
Dalam masa 15 minit, pembedahan dah siap utk dua2 belah mata. Terlalu excited dan nervous selepas surgery sampaikan dah tak ingat pasal spec. Kesian dia,berbakti hampir 4 tahun ditinggalkan begitu saja.
Kemudian tunggu utk pemeriksaan selepas surgery. So sambil menunggu tu..ada assistant yang terangkan post-operative management. Berapa lama kene guna eye-drops, tak boleh pakai make-up or cuci muka guna sabun dan paling penting tak boleh sentuh mata dan raba2 muka. Kalau tak, nanti kena masuk operation room lagi!
Selepas pemeriksaan akhir oleh doktor, saya dibenarkan balik. Kadang- kadang terasa sakit mata kerana cahaya matahari yang terik tapi disebabkan saya memakai cermin mata hitam.sakit itu sedikit sahaja.
Di rumah, saya harus duduk di dalam bilik yg gelap dan tidak boleh main laptop/handphone selama 24 jam. Maka suami lah yang menjaga saya sepanjang 24 jam.
Keesokkan hari, begitu terasa perubahan mata saya. Macam baru tengok dunia! 😃
Update :
Sekarang sudah 7 bulan selepas LASIK. Alhamdulillah tak ada rasa apa2 yg pelik. Alhamdulillah atas nikmat mata ini :)