Home

Saturday, March 23, 2013

Gastritis with vomiting,ke hospital lagi........


22.03.2013, Khamis

Baru balik dari Hospital. Hurm. Sepatutnya hari ni saya exam end round Surgery tapi saya tak masuk exam. Hampir nak masuk dah sebenarnya tapi hujan turun di tengah jalan. Hujan muntah. Sebelum nak keluar dari rumah,dah pakai lawa-lawa dah nak pergi exam. Kemudian muntah.
Suami pun buatkan air teh susu panas sebagai breakfast sebelum pergi exam. Saya malasssss nak makan breakfast sebenarnya tadi. Tu pun kena paksa makan roti. Kita pun makan la sikit. Saya makan biskut yg sedap, suami tak bagi  pulak. Huhuhu...

Bila dah rasa ok sikit, keluar rumah nak pergi exam dengan suami teman. Nak jalan pun tak boleh. Bila sampai kat bangunan universiti, tiba-tiba perut memulas. Jumpa toilet pertama,kunci. Toilet kedua pun kunci. Last2 masuk toilet lelaki, habis muntah balik. Lepastu kena baju dan tudung pulak tuh. Masa tu dah pukul 11 pagi. Exam dah start.....

Nasib baik la suami call Sara, suruh bawa baju ganti. Suami pergi jumpa dengan doktor yang jaga exam utk bagitahu saya tak sehat dan tak boleh masuk exam. Ni exam midsem,nasib baik la boleh resit balik. Entah laa ape tak kena dengan badan ni..
Kemudian balik rumah, saya tidur je. Sampai suami pun tak makan. Hahaha. Pemalas betol masuk dapur nak masak sendiri. Lepas bangun tidur, diarrhea pulakk dahh.

Nak pergi hospital masa duk muntah2 tu, kat sini doktor ada di hospital pada waktu malam je. Kami pergi hospital private je. Tunggu laa sampai ke malam. Doktor memang diagnose Gastritis lah tapi kali ni buat investigations bagai. Amek darah, urine dan Ultrasound Abdomen. Tapi tadi amek darah dan urine je. US abdomen dan results,kita tunggu hari Sabtu nanti. Doktor include sekali investigation untuk pregnancy memandangkan bulan ni tak “datang bulan” lagi. Hewhewhew. Kita tunggu je laaa ape keputusan nya.  

Ni kali kedua pergi hospital untuk Gastritis. Eh 3 kali laa! First pergi, doktor memang check perut,perut keras la masa tu. second, follow-up pulak doktor cakap dah okay. tapi ni sampai muntah-muntah pulak.

**********

Okay baru balik dari hospital. Aduhh 3 jam tunggu turn, masuk jumpa doktor tak sampai 5 minit pun! Gerammm grrrrrrrr.

Dah dapat results and all. Alhamdulillah semua results menunjukkan i'm healthy. Termasuklah result pregnancy. hehe




No comments:

Post a Comment