Hari ni saya nak share artikel ni. Untuk peringatan kepada saya dan semua.
☛ Ciri-ciri suami yang soleh
❀ Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasul-Nya serta berkemampuan untuk membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah .
❀ Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin .
❀ Suami yang sedia memberikan nasihat , bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah s.w.t .
❀ Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal , pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya .
❀ Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya .
❀ Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan , kebajikan dan kesihatannya .
❀ Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu .
❀ Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka .
❀ Sentiasa memberikan kasih sayang , belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya .
❀ Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak .
❀ Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain .
❀ Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras , berjudi , berzina , menipu , mencuri dan sebagainya .
❀ Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya . Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya .
❀ Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan , jangan biarkan dirinya dalam keadaan bersedih .
❀ Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri , zahir dan batin .
❀ Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain .
❀ Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya .
❀ Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab .
☛ Ciri-ciri wanita solehah
✿ Mencintai Allah dan Rasul-Nya
≈ Ini merupakan satu perintah utama kepada manusia tanpa mengira sama ada lelaki atau perempuan . Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kalian mencintai Allah , maka ikutlah aku , nescaya Allah akan mengasihi kalian , dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" . Ini juga berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman , menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada kedua-duanya" . (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
✿ Mentaati ibu bapa
≈ Mentaati ibu bapa termasuklah ibu bapa mertua merupakan satu ciri-ciri wanita yang solehah . Ini merupakan perintah Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam surah Israk ayat 23 yang bermaksud :
"Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa" .
✿ Mentaati suami dalam perkara makruf
≈ Taat pada suami merupakan perintah Allah dan Rasul selagi suami tidak mengarahkan si isteri berbuat maksiat . Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud :
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya , oleh kerana Allah telah memelihara mereka" .
Manakala sabda Rasulullah s.a.w :
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia , tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya" . (Riwayat al-Tarmizi hasan sahih)
✿ Menguruskan rumah tangga
≈ Seorang isteri perlu mengetahui selok belok menguruskan rumah tangga dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak , memasak dan sebagainya . Seorang isteri mestilah mencari ilmu tentang bagaimana menguruskan rumah dan ini sejajar dengan tuntutan mencari ilmu seperti hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim" .
✿ Berhias untuk suami
Menghias diri untuk suami merupakan satu tuntutan buat seorang isteri seperti mana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita . Baginda menjawab , yang menyukakan kamu bila memandangnya . Apabila disuruh dai patuh , menjaga rahsia mu dengan baik dan menjaga harta kamu" .
✿ Berpakaian menurut ajaran islam
Menjaga aurat merupakan satu tuntutan di dalam Islam . Seorang isteri yang solehah , akan menjaga batasan auratnya dalam berpakaian untuk menjaga maruah dirinya , suami dan keluarga . Berdasarkan perintah Allah s.w.t dalam surah Al A'araf ayat 26 yang bermaksud :
"Hai anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat mu dan pakaian indah sebagai perhiasan . Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik . Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah , mudah-mudahan mereka selalu ingat" .
✿ Menjaga batas pergaulan
Seorang isteri solehah perlu menjaga batas pergaulannya . Malah , seorang isteri solehah tidak boleh sengaja melembut-lembutkan suaranya dan menundukkan pandangannya apabila bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya untuk mengelakkan fitnah serta menjaga maruah suaminya .
✿ Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya . Jika kawan-kawannya solehah , maka dia juga memiliki sifat yang sama . Sabda Rasulullah s.a.w :
"Seseorang itu berada di atas agama kawannya . Oleh itu , perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya" .
Credits to : http://tiaradhiya.blogspot.com/
" Anybody can become angry - that is easy, but to be angry with the right person and to the right degree and at the right time and for the right purpose, and in the right way - that is not within everybody's power and is not easy."
" Holding on to anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing it at someone else; you are the one who gets burned."
hihi insyaAllah :)
ReplyDeleteheyy . . thanks sudi dtg n bace entry ku . . salam pekenalan :)
ReplyDelete