Alhamdulillah Syukur Ya Rabb :)
Dengan sekali lafaz pada pukul 9:25 malam, 17 Rabiulawal bersamaan 10 hb Februari 2012 ,aku sah diijabkabulkan dengan seorang imam muda yang handsome di hati saya ^^ , Aman Rizal.
Dan siapa sangka aku akan berkahwin,diserahkan kepada lelaki ajnabi ketika usia yang muda.
Ape perasaan Encik ketika menunggu untuk diijabkabul ?
Pagi tu,bangun awal,kemas rumah semua...kemudian pekerja pelamin datang untuk pasang pelamin. Khusyuk pulak aku tengok pakcik tu pasang pelamin. Makcik-mak cik dan saudara-mara mula datang sekitar pukul 9 pagi untuk menggulaiii dan menyediakan jamuan utk malam nanti. Aku malu-malu nak face-to-face dengan makcik2 atau saudara-mara. Sebab ? aku kahwin awal gilaaaaa! Nampak sangat kegatalan yang tidak boleh dibendung lagi.
Selalunya,kalau time rumah buat majlis,aku antara orang yang duduk kat dapur. Tolong makcik-makcik dan tolong curi makan ayam goreng. Sedap!Tapi kali ni..aku lah yang paling sibuk. Dan aku cukup berdebar dan nervous. Kot2 makcik2 nak soal siasat aku. Aku kot orang first kahwin time study dalam kerabat keluarga.
Maghrib, aku selesai mandi dan menunaikan solat Maghrib di awal waktu sebab lepas tu,aku bersiap pakai baju akad nikah dan make up bagai lah. Untuk malam akad nikah, aku make up sendiri je. Lagipun bakal suami dah pesan jangan make up tebal sangat.
Pukul 8.30 malam, rombongan lelaki sudah pun sampai di perkarangan rumah. Rombongan lelaki sekitar 20 orang dengan membawa 3 hantaran iaitu hantaran sirih bersama cincin, 1 hantaran makanan dan hantaran mas kahwin.
Untuk malam akad nikah, kami gunakan warna biru :) Alhamdulillah warna pilihan kami sesuai utk malam akad nikah. Tak silap pilih warna lah kan. Kemudian, suami masuk ke bilik pengantin di mana aku sedang menunggu dia..dan kami berjemaah solat sunat bersama.
Rasa macam aku ni excited macam budak-budak pun ada. Sibuk nak keluar tengok orang akad nikah. Padahal tak sedar diri sendiri bakal diijabkabul.
kemudian, sesi bergambar sampai memory card full. :D
My Life Partner :) #nomoreforeveralone
Keluarga baru :)
3 orang adik perempuan "segera"
Terima kasih tak terhingga kepada abah umi dan keluarga,dengan izin restu mereka, majlis akad nikah anak perempuan bongsu mereka berjalan dengan lancar.
Terima kasih tak terhingga kepada ayah umi dan keluarga kerana menerima aku sebagai menantu sulung keluarga dan memberi kepercayaan untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada anak lelaki ayah dan umi.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah, kami disatukan dalam majlis yang sungguh mulia,diberkati olehMu. Semoga kehidupan baru yang kami bakal lalui ini penuh dengan kasih sayang dan diberkati oleh Mu Ya Allah.
tahniah... ^_^ selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia bersama . amin.
ReplyDeleteterima kasih. :)
ReplyDeleteamin....