Selamat tahun baru 2013 ! Semoga tahun baru dengan semangat baru ,kita lebih yakin dan bersemangat untuk menjadikan hidup lebih bermakna dan diberkati olehNya.
31hb Disember 2012, hari terakhir saya dihabiskan dengan exam end round Cardiology. Haih penat sungguh. Kemudian sambung study week lebih kurang 2 minggu untuk final exam semester 7 round Cardiology,Hematology dan Respiratory. Lagi penat.
hari utk holiday pun jangan lupa kira okay! ^^
Oh kami sudah berpindah ke rumah baru. Nantila hutang entry yang baru okay.
Exam kali ni juga exam yang pertama kali menggunakan role player which is anyone yang berlakon jadi pesakit, we as doctors will do some check up and explain them to lecturers. I am sooooo soo nervous about this! sebab saya ni jenis blank kalau orang tanya on the spot. Tapi masa ni la kan kita guna skill "main doktor-doktor" mase kecik dulu? hehe dan perlu menghafal semua benda pasal berpuluh-puluh diseases. mati mati.
sepanjang study week ni......alhamdulillah ada teman di sisi. Menyebabkan tak stress sangat. Thank you my dear husband. :)
budak kecik tembam ni pun termasuk dalam senarai booster juga! rindu!
Masak pun kadang-kadang je. Suami bukan cerewet orangnya. Semua benda dia boleh makan. Kadang2 dia tolong belikan lauk kat kedai melayu.
kadang2, dia buatkan air teh madu panas atau cappucino vanilla. Booster untuk saya lebih semangat nak study.
Ni cucur udang yang dia buat pada pukul 12 malam. :)
kadang2, dia jadi bahan eksperiment saya. Berlakon jadi patient dan saya wat check up kat dia walaupun mata dia tengah syok layan movie kat TV.
kadang2, saya kejutkan dia tidur semata-mata saya bosan study, ajak dia keluar makan walaupun mata dia merah sebab mengantok. hihi.
hasil ternakan pada 2 pagi di Al Dente Restaurant. hihi
Alhamdulillah suami seorang yang sangat memahami,penyayang dan ringan tulang. Walaupun lelaki memang tak boleh lari dari sifat malas seorang lelaki, tapi itu pun dah cukup untuk isteri awak ni! hihi.
Kepada lelaki, jangan buat isteri macam robot ok!
Okay. Itu je lah entry . Harus sambung study pulak.
No comments:
Post a Comment