Home

Thursday, September 27, 2012

#1 Kronologi Dua Minggu Kami .

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,kehidupan baru kami sudah pun masuk 6 bulan dan 6 hari. (ketika post ni ditulis)
Kwn2 selalu tanya, macam mana kehidupan baru? aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Speechless mungkin ? Alhamdulillah bahagia dan happy sangat bersama dgn orang yg kita syg 24/7, takkan nak jawab sedih pulak? Hehe

Actually,aku rasa ada kawan.best friend seumur hidup. Kalau aku bosan,boleh kacau Suami. Kalau merajuk,confirm ada orang pujuk. Yang pasti sekarang,memang tak boleh berjauhan langsung!



Mengenai hal perkahwinan kami...entah lah macam mana keluarga terbukak hati. Sebelum ni,ada la juga tanya2 tapi tanya gitu-gitu je lah. Takut gak sbb masih awal lagi kan. hehe

Tapi,hari tu...aku tanya macam tu je, melalui Facebook pulak tu. dan Abah jawab dah ada calon ke,bagi abah tak ada halangan. Terkezuttt gilaa! Selepas beberapa bincang2 melalui telefon,kami semua decide nak buat Majlis di Malaysia. Alhamdulillahh sangat sangat. 

Tak sangka sungguh. Dua minggu je masa yang ada utk buat segala persiapan kahwin kami. Secara normal nya,utk siapkan semua persiapan kahwin mengambil masa hampir setahun. tapi kami, DUA MINGGU je ? memang sibuk gila. keluar pagi,malam baru balik rumah.

Nak setting baju pengantin pun,2 malam sebelum akad nikah barulah jumpa yang sesuai di hati. Alhamdulillah  baju pengantin dan pelamin tak perlu booking awal pun sebab masa tu kebanyakkan orang baru selesai kenduri. Jadi tak banyak lah tempahan. 

Kemudian nak booking tempat untuk kursus kahwin pun, ada pak saudara yang tolong daftar dan cari tempat sebab semua daerah dah penuh tau. Kalau tak boleh masuk kursus kahwin ni, memang TAK BOLEH KAHWIN walaupun dah siap persiapan kahwin dan kad jemputan.

Masa tu kan...tiba tiba terfikir, orang lain nak buat majlis besar macam ni kena plan 6 bulan sebelum. Tapi ALLAH permudahkan semua jalan utk kami. Berapa pasang nak baju pengantin pun tak kisah, bayaran murah pulak tu. Tempah barang-barang utk hantaran cepat siap. Allah sangat-sangat permudahkan jalan masa tu. 

Betullah. Kalau kita ikhlas buat sesuatu di jalan Allah, Allah tolong kita. Kan ? ;)




No comments:

Post a Comment