Assalamualaikum. :)
6 April 2012,Jumaat
Kami berdua menyertai satu program yang dianjurkan oleh IKRAM (non-goverment organisation) iaitu S.T.E.P ; Sliding Through Experience as Professionals pada 6 april 2012 di Al-Azhar Conference Centre,Cairo.Seluruh muhafazah (administrative division) di Mesir menyertai program ini. Di Mansoura,beberapa orang pelajar bertanggungjawab untuk uruskan transport dan peserta dari Mansoura ke Cairo.
3:40am,6 April.
Bangun sebelum subuh lagi sebab nak bertolak ke Cairo pada pukul 5;30 pagi. Suami tak tidur sejak semalam sebab dia baru je bangun pada petang tadi. Jadi burung hantu sekarang. Aku sempat la juga tidur 4 jam. Pastu kemain rajin lagi AJK pengangkutan call kejutkan kiteorg. Huhu. Yelahh ade kempen tepati masa kan...
Nasib baik sempat breakfast sebelum turun dari rumah.Kalau tak,gastrik la nanti. Pukul 4:45 pagi baru nak makan nasi. Suami rileks je. Dengan konfiden nya dia cakap ,bas takkan gerak tepat pada pukul 5;30 pagi. Kang kena tinggal baru padan muka. Tapi last-last, memang betul la suami cakap tu. Pukul 6:05 pagi baru bas bertolak.Bas sampai pukul 5:20 pagi lagi tapi lambat gak gerak sebab peserta ramai dan tak terurus je.
4 buah bas bertolak ke ACC dan sampai pada pukul 8:45 pagi.Majlis dah nak start.Bila sampai kat ACC,rasa macam lawatan sambil belajar je. Bas banyak gila dan ramai budak melayu. Semua muhafazah ada - mansoura zagazig tanta cairo dumyat iskandariah.
kemudian nasib baik la jumpa Fit dan Sofiyyah. Fatin dah masuk awal lagi dan takde empty seat kat dia. Pastu,mula2 duduk sorg je kat kawasan akhawat, then suami pergi tanya AJK Protocol nak duduk sekali dengan zaujah (isteri).Nasib baik boleh duduk bersama. Kalau tak,suami nak keluar and go to the CityStars. Hahahaha.
Cairo dah start panas. Summer is coming.......................Btw,the rules for protocol agak over okay.
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj dan Dr.Hafidzah Hj Mustakim adalah motivator bagi program ini. Dr.harlina memang hebat lah sebab belajar di Harvard Macy Institute,Harvard Medical School. Bukan calang-calang orang boleh masuk Harvard. Dr.Hafidzah pula graduate dari Monash University,Victoria dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Sorry to say,for me its kinda boring. Kami berdua sama2 tertidur. hehe. Tambah pulak kurang rehat pada malam. Pastu naik bas 2 jam setengah dari mansoura. Sape yang tak letih kalau attend program sehari suntuk.
Pukul 4:30 petang,selesai persembahan nasyid dan penyampaian cenderahati, kami terus blah. Hehe tak sabar nak g dating. Then,pergi makan dengan Fit dan Sofiyyah. Baru pergi ke CityStars. So,kami dating la berdua-duaan.
Suami is so full of surprises. Selepas round 2 3 buah kedai,aku dah letih,nak duduk,lapar pun ada. So,first plan nak pergi makan kat Auntie Anne's Pretzel. Tapi ramai gila orang. Fikir lagi nak pergi makan kat mana. Tukar plan,pergi makan kat Cinnabon. Naik eskalator.....tiba tiba suami stop kat depan Chilis. Hehe. Mula2,tak nak gak makan Chilis sebab mahal. Tapi suami pujuk juga...sebab kami tak de official honeymoon lagi. Hehe ......semasa otw nak g Cinnabon, kemain aku buat gaya memujuk "kalau abg bawa iqah g Chilis,iqah bertambah sayang sangat sangat sangat sangat kat abg 2 3 4 5 6 kali ganda". Pandai kan aku pujuk?
Lepas makan...saje jalan2 g tengok citer apa sekarang ada kat cinema. Tup tup ada Titanic 3D yang baru je keluar pd 4 april. Suami ajak tengok Titanic pulak...kemain dia pujuk nak tengok 3D version. Katanya nak la tengok bersama isteri pulak...Hehe. Tunggu satu married couple -nisa dan faiz lagi sampai .Beli la tiket wayang midnight untuk 7 orang.
Seperti biasa la,in the middle of the movie..akan ada break kejap. Time tu la orang nak pergi tandas ke,nak beli popcorn ke...lepas sambung balik movie, ade la mamat arab poyo nak mampus hisap rokok ! nampak berkepul-kepul asap keluar. Of course la lemas kan hisap rokok dalam pawagam. Kiteorg nak marah la. Apa lgi, suami lempar kertas cawan kat dia. padan muka! baru la dia stop hisap rokok. lepas habis citer,dia duk tengok tengok je kat kiteorg. Habis movie pd pukul 3:30 pagi. Catat rekod sungguh berjoli kali ni.
Masa tu,teksi dah kurang dan kalau ada pun,kena bayar mahal gila. Jalan kaki balik rumah. Percaya tak? haha jalan kaki sampai jalan besar je la.
Hmm dalam dewan kemain mengantuk dan letih kan? :p
No comments:
Post a Comment